Harm Awareness Association Malaysian Organisation of Vape Entity

UBAT TRADISIONAL: RACUN ATAU PENAWAR?

Tidak kira apa jua latar belakang, rakyat Malaysia sememangnya percayakan ubat tradisional. Kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan produk suplemen kesihatan, ubat herba dan ubat tradisional. Kajian Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor juga mendapati lebih 84 peratus ibu hamil di negara ini turut mengamal atau biasa mengambil ubat tradisional.

http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-laman-sesawang-bpfk/

Ramuan dan cara pembuatan ubat-ubat tradisional juga biasanya cuma diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi, menjadikan nisbah dan tahap kualitinya sering tidak konsisten. Usaha pihak berkuasa untuk memantau juga menjadi lebih sukar kerana kebanyakan produk tradisional ini tidak berjenama dan tidak dijual secara sah. Akibatnya, risiko daripada penggunaan ubatan ini juga sukar dikawal. Malah terdapat puluhan pengusaha ubatan suplemen tradisional yang mencampurkan bahan semulajadi dengan bahan kimia. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan proses ini kerana tindak balas daripada campuran kedua-dua jenis bahan tersebut dikhuatiri berbahaya.

Antara kesan jangka panjang terhadap pengguna ubat tradisional adalah darah tinggi dan penyakit hati. Statistik pesakit buah pinggang yang semakin tinggi di negara ini juga dipercayai berpunca daripada penggunaan ubatan tradisional yang tidak sah. Ibu hamil yang mengambil ubat tradisional pula berisiko menghidap ketumbuhan pada ovari, serta prakanser dan kanser rahim. Ini tidak termasuk kesan jangka masa pendek seperti alahan melibatkan kegatalan, sesak nafas dan bengkak.

darah tinggi dan penyakit hati

Terdapat juga pihak yang berpendapat bahawa ubatan tradisional ini ada kebaikannya, namun tidak ada maklumat yang sahih untuk menyokong perkara ini. Kajian tentang kebaikan bahan-bahan tradisional seperti yang dilakukan Pusat Penyelidikan Dadah dan Herba, Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta banyak lagi pihak sedang giat dijalankan. Namun, sehingga kajian-kajian ini selesai didokumentasi secara saintifik, penggunaan ubat tradisional tetap berisiko. 

Sebaiknya, untuk merawat apa jua penyakit, dapatkan ubatan yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Berhati-hati juga apabila memilih produk ubatan yang kelihatan sahih. Pastikan produk tersebut telah mendapat kelulusan, dan jangan beli sebarangan daripada sumber tidak rasmi. Rujuk doktor atau pakar perubatan jika tidak pasti dengan kandungannya. Untuk maklumat yang lebih tepat, hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi memastikan status sesuatu produk ubat itu. Mainkan peranan anda sebagai warganegara yang bertanggungjawab, demi kebaikan kita bersama.

 

Rujukan:

 

https://www.bharian.com.my/bhbongkar/2018/09/473195/rakyat-kita-taasub-ambil-suplemen

http://www.myhealth.gov.my/ubat-tradisional-yang-dicampur-racun/

https://www.ukm.my/news/arkib-berita/tahun-2012/oktober-2012/pengamal-perubatan-tradisional-melayu-tidak-pernah-jalani-latihan-formal/

https://www.elitecme.com/resource-center/nursing/pros-cons-of-alternative-medicine-modern-medicine-traditional-medicine

https://www.nhs.uk/conditions/herbal-medicines/

http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-laman-sesawang-bpfk/

Maklumat   terkini melalui email