Harm Awareness Association Malaysian Organisation of Vape Entity

UBAT KUAT : MENGUAT ATAU MEMUDARAT?

Saban hari, iklan ubat kuat semakin melambak di pasaran. Iklan-iklan yang cukup menarik ini memikat kini mudah dijumpai di mana sahaja, baik di media massa mahupun di tempat-tempat awam. Peletakannya cukup strategik, dengan ayat-ayat yang cukup ‘catchy’ dan menggoda. Namun persoalan yang ingin kita tanyakan terlebih dahulu di sini adalah – adakah ia benar-benar berkesan?

viagra

Secara umumnya, fungsi ubat kuat adalah untuk mengatasi masalah mati pucuk; atau mengikut istilah perubatannya ‘erectile disfunction’ (ED), dengan mewujudkan ereksi ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Masalah ini berlaku apabila zakar tidak mampu menahan aliran darah, yang mungkin disebabkan oleh kelemahan saraf dan otot. Selain menyebabkan kurang keyakinan diri, depresi dan konflik dengan pasangan, tidak ramai yang tahu bahawa ED juga mungkin merupakan petanda awal penyakit-penyakit kardiovaskular, lemah jantung, strok atau masalah kitaran darah di bahagian bawah badan.

erectile disfunction

Walaupun penggunaan ubat kuat secara umumnya boleh membantu mengekalkan ereksi, namun ironinya penggunaan ubatan yang tidak disahkan oleh pihak berkuasa juga boleh membawa kesan mudarat seperti serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan penglihatan, kecederaan kekal pada organ seks, kegagalan buah pinggang serta seterusnya boleh mengakibatkan maut.

 

Menurut Dr. Luigi Simone, seorang pakar penjagaan primer dari Encinitas, California, sebilangan suplemen yang dicipta untuk membantu fungsi seksual masih belum dikaji secara saintifik, dengan sesetengah bahan lazim di dalamnya mampu mencetuskan reaksi berbahaya. NHS pula mencatatkan lebih 20,000 kematian akibat penggunaan ubatan yang salah di UK dalam setahun!

 

Mendapatkan rawatan seksual adalah satu langkah yang baik, namun pastikan anda merujuk kepada pakar perubatan yang sebenar. Dapatkan daripada sumber yang sahih seperti doktor bertauliah, atau di klinik dan hospital. Elakkan sumber alternatif seperti jamu atau lambakan produk di media sosial. Jangan percaya melulu apabila sesetengah penjual mendakwa produk mereka ‘Lulus KKM’. Anda boleh semak sendiri status produk tersebut dengan Biro Pengawasan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), di Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

RUJUKAN

 

https://hellodoktor.com/seks-hubungan/seks-selamat/bahaya-soloco-ubat-kuat/ 

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/ubat-kuat-zakar-hasil-kesan 

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/ubat-kuat-nikmat-sementara-sengsara-selamanyaterdapat-segelintir-kaum-lelaki-di-/10154818922091237/ 

https://hellodoktor.com/seks-hubungan/seks-selamat/bahaya-soloco-ubat-kuat/ 

https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/ubat-tahan-lama-untuk-ereksi/ 

http://www.knowyourmedicine.gov.my/ms/infografik/bahaya-pengambilan-ubat-kuat 

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/08/06/ubat-kuat-lelaki-memudaratkan--liow 

http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-laman-sesawang-bpfk/ 

https://www.semakan.my/semakan-no-pendaftaran-produk-dengan-kkm/ 

http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-ubat-viagra-untuk-kekuatan/  

https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed) 

 

Maklumat   terkini melalui email