Harm Awareness Association Malaysian Organisation of Vape Entity

CEGAH TAUN : SEBERSIH MANA MAKANAN ANDA?

Musim banjir ini banyak mengajar kita tentang erti kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, selain kes Covid-19, KKM juga menjangka peningkatan penyakit bawaan air dan keracunan makanan.  Antara penyakit yang dikhuatiri tular akibat tahap kebersihan air dan makanan yang rendah adalah kolera atau taun. 

Musim banjir

Hanya dalam masa beberapa jam, mangsa yang terdedah kepada bakteria vibrio cholerae ini mengalami simptom umum seperti cirit birit, demam teruk, loya dan muntah. Mungkin ramai yang memandang ringan, namun jika dibiarkan melarat, taun juga boleh mengakibatkan kesan jangka panjang seperti dehidrasi, kecederaan organ penghadaman, kegagalan organ penting yang seterusnya boleh menyebabkan kematian. Justeru, jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang menunjukkan simptom-simptom ini, bawalah berjumpa doktor dengan segera. 

bakteria vibrio cholerae ( Cholera )

Walau bagaimanapun, kita tidak perlu menunggu hingga dijangkiti untuk sedar dan faham akan akibat taun, dan wajar mengambil langkah berhati-hati untuk mengurangkan risiko dijangkiti. Antara langkah pencegahan yang boleh kita ambil, terutama pada musim wabak ini adalah:

• Sentiasa menjaga kebersihan diri

• Basuh tangan dengan sabun terutama selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan

• Cuci peralatan memasak dan makanan dengan sabun

• Elakkan sumber air yang tidak dirawat; hanya guna yang telah dimasak atau dibotol

• Elakkan makanan mentah; pastikan basuh terlebih dahulu dengan air terawat; langkah paling selamat – masak dahulu

• Elakkan membeli makanan yang dijual di tepi jalan buat masa ini, kerana kemungkinan besar telah terdedah

 

Kesimpulannya, jaga kebersihan diri dan sumber makanan, serta alatan yang digunakan untuk makan dan memasak. Utamakan bahan makanan yang kurang berisiko seperti yang telah dimasak atau dipek mengikut piawaian. Sentiasalah peka dengan isu semasa dan info terkini yang disampaikan oleh pihak berwajib, supaya kita sentiasa tahu akan perkembangan terkini wabak tersebut sekaligus dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

 

RUJUKAN

 

http://www.myhealth.gov.my/taun/ 

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2023826 

https://jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/ka/faqkolera.pdf 

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/penyakit-kolera-cholera-simptom-punca 

https://www.alodokter.com/kolera 

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/12/23/waspada-risiko-penyakit-taun-kolera-semasa-banjir/ 

Maklumat   terkini melalui email