Harm Awareness Association Malaysian Organisation of Vape Entity

BETUL KAH ROKOK DAUN KURANG BERACUN?

Pasti semua menyedari tentang kenaikan harga rokok dewasa ini. Malah, Malaysia kini berada di tangga ke-57 harga rokok termahal di dunia! Wow! Tapi, ironinya, jumlah perokok negara kita diunjurkan hanya akan turun sebanyak 19.6%, masih jauh daripada sasaran WHO untuk kita, iaitu penurunan sebanyak 30% menjelang 2025!

perokok malaysia

Kenaikan harga rokok ini juga dilihat mempunyai beberapa kesan langsung. Selain menggalakkan jual beli rokok seludup di pasaran gelap, permintaan untuk rokok daun juga tiba-tiba meningkat. Ini tidaklah begitu menghairankan, kerana rokok daun yang telah wujud di pasaran kita lama sebelum rokok komersil ini lebih mudah didapati di kedai-kedai runcit. Harganya juga jauh lebih murah memandangkan ianya diperbuat daripada material murah dalam skala yang kecil – hanya perlukan tembakau dan daun nipah. 

daun rokok

Walau bagaimanapun, kesan buruknya sama saja. Harganya yang rendah langsung tidak mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh para perokok. Antara kesan negatif yang wajar anda pertimbangkan sebelum berfikir untuk mencuba rokok daun adalah:

• Peningkatan risiko kanser paru-paru disebabkan dua jenis bahan kimia penyebab kanser yang boleh didapati dalam asap rokok iaitu polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH) dan tobaccospecific N-nitrosamines (TSNA).

• Pembakaran tembakau yang mampu cetuskan lebih 63 bahan kimia penyebab kanser (rasanya sudah berpuluh kali diulang dalam kolum ini).

• Lebih berisiko kerana tiada pengawalan atau pemeriksaan kualiti yang sewajarnya. Proses mengutip, mengering dan membungkus dibuat tanpa kawal selia yang sepatutnya

• Sebarang isu kebersihan atau pencemaran langsung tidak dapat dikenalpasti, sekaligus mengundang pelbagai penyakit lain akibat pencemaran bahan, termasuk kolera dan sebagainya.

 

Rokok elektrik (vape) atau produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product, HTP) masih kekal menjadi alternatif yang lebih baik. Memandangkan alternatif bebas asap rokok seperti HTP ini tidak melibatkan pembakaran, ia adalah 95% lebih selamat berbanding rokok biasa, seperti yang dikatakan oleh Dr. Konstantinos Farsalinos, pakar kardiologi Greece.  

 

Perlu diingat – 3,500 dari setiap 100,000 kematian di Malaysia adalah berkaitan merokok mengikut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Jadi, jalan terbaik untuk mengurangkan risiko akibat merokok tetaplah dengan terus berhenti, tetapi untuk perokok tegar yang hendak menikmati produk tembakau, bolehlah cuba beralih ke produk alternatif yang tidak melibatkan sebarang pembakaran dengan  membebaskan asap yang berisiko.

 

RUJUKAN

https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/rokok-daun 

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/12/103017/keluar-asap-bawa-mudarat 

http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-tembakau-a-merokok/ 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-vaping-95-peratus-lebih-selamat-berbanding-rokok-pakar-68756 

https://www.sinarharian.com.my/article/186316/BERITA/Nasional/Langkah-terbaik-atasi-kematian-akibat-merokok 

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/10/873128/turunkan-harga-cukai-rokok-dare 

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/10/768982/demand-tinggi-supply-ada 

https://www.merdeka.com/uang/ini-daftar-negara-dengan-harga-rokok-termahal-di-dunia-indonesia-urutan-berapa.html 

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/02/922023/haram-jualan-rokok-vape-bakal-cetuskan-ledakan-pasaran-gelap 

https://www.e-cigarette-summit.co.uk/speaker/dr-konstantinos-farsalinos-m-d/ 

https://codeblue.galencentre.org/2019/12/20/who-malaysia-unlikely-to-meet-2025-tobacco-target/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6659615/ 

Maklumat   terkini melalui email