Harm Awareness Association Malaysian Organisation of Vape Entity

APA ITU PENGURANGAN KEMUDARATAN

Harm Reduction atau pengurangan kemudaratan satu prinsip dalam memberikan alternatif sambil membenarkan pengguna untuk ambil keputusan yang lebih komprehensif dan dibelakangi fakta. Sama ada untuk mengurangkan atau menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang atau sesuatu kumpulan. Mengikut Harm Reduction International (hri.global), pengurangan kemudaratan juga dikatikan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis sosial masa kini. Ini termasuk merokok, pengambilan ubat-ubatan, pemakanan dan lain-lain lagi. Ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah yang positive dalam kehidupan mereka. Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan tersekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif bagi kesinambungan kehidupan mereka.

Maklumat   terkini melalui email